Thursday, November 22, 2012

Untuk Pengetahuan bersama...


Tadi, ada tanya seorang yang saya anggap macam ustaz .. nak tanya pasal boikot. Sambil menghela nafas panjang..macam dah penat dia mengulas rasanya.

"Boikot itu, berhenti dari membeli sekarang. Yang DAH dibeli, dimakan, sedang dipakai, sedang diguna, gunalah"

Belum sempat nak cakap apa-apa.

"Motorola awak, intel awak, IBM atau apa-apa, jangan buang, bagi saya. kalau buang jadi membazir, membazir amalan siapa?"

Jangan sampai tak siap kerja dan amanah walaupun benar prihatin isu Gaza. Kita disini ada Jihad dalam diri dan keluarga.

Dia senyum, macam puas luahkan isi hati...

Nak boikot taknak boikot, terpulang. Tak perlu bergaduh. Rugi benar bergaduh tentang boikot ni.

Mungkin yang tak boikot tu sebab sebenarnya dia pun dah tak makan burger tu dah 9 tahun, jadi istilah boikot mmg tak kena pada dia. Mungkin yang taknak boikot tu, pernah terlibat dengan charity dan kerjasama dua hala, ada pengalaman yang berbeza dengan syarikat tersebut. Mungkin yang taknak boikot tu kasihan kepada pekerja yang mungkin adik beradik dia.

Mungkin yang xnak boikot tu sebenarnya dah lebih membantu, kita yang tak tahu, dah kumpul, dan dah hantar bantuan-bantuan kemanusiaan seperti selimut dan makanan serta pakaian kepada yang memerlukan disana. Kesejukan.

Mungkin dia telah disahkan, jika tak makan benda yang diboikot oleh orang lain itu dia mudarat sehingga boleh membawa kepada kematian.

Mungkin.
Tapi dia tak boleh memperlekehkan usaha orang lain.

Mungkin yang boikot tu, tahu benar susur galur penyaluran dana kepada siapa dan siapa. Mungkin yang boikot tu, ada pengalaman dari luar negara tentang kesan boikot memang meruntuhkan EGO sesebuah empayar. Mungkin yang boikot itu SANGAT terasa keperitan mangsa dari saluran dana zionis.

Mungkin, boikot dan doa yang benar-benar dia yakin dan mampu.

Apa yang kita buat, sandarkan kepada ilmu. Dan NIAT.
______________________________________________________






HUKUM MENGGUNAKAN FACEBOOK..
Sebagai pengetahuan kita semua!

1- Sehingga kini, tidak ada bukti Mark Zuckerberg (pengasas facebook) menyumbang dana kepada Zionis. Isu ini sudah dijawab oleh oleh Ustaz Dr Zaharuddin.net. (rujuk: http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/901-facebook-yahudi-a-status-hukum.html)

2- Benar, Mark seorang Yahudi, cuma dia tidak bermazhab Zionis. Zionis berbeza dengan Yahudi biasa. Yahudi yang taat dengan kitab Talmut berbeza dengan Yahudi yang taat dengan Zion (protokol-protokol Zion). Yahudi bangsa, Zion fahaman. Yang kita tentang Zionis Yahudi. Fb ini pula percuma. Tak kena bayar. Kalau kita tutup bodohlah kita. Sbb tak manfaatkan ia untuk menyebarkan Islam dan menentang Zionis Yahudi.

3- Yang menguasai Negara Haram Israel sekarang ini adalah Zionis Yahudi. Disebalik pemerintahan USA terdapatnya Yahudi berfahaman Zionis. (Neo Conservative Jews). Saya yakin dan percaya kesedaran anak muda akan isu Gaza banyak diperolehi dari facebook. Bayangkan, revolusi di Mesir yang menjatuhkan Rejim Hosni Mubarak salah satunya bermula dari facebook.

4- Manfaatkanlah teknologi yg ada utk memenangkan islam sprt kata Syeikh Yusuf Qardhawi. Lagipun senjata musuh macam mujahidin afghanistan ambil daripada Rusia digunakan balik utk melawan tentera Rusia.

5- Pihak Zionis Yahudi sendiri sebenarnya tidak puas hati dengan FACEBOOK!

Iqra', Ilmu, Niat, Amal... tak dapat dipisahkan.
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/901-facebook-yahudi-a-status-hukum.html

No comments: